share_log

KERUGIAN BERSIH TOP GLOVE PADA 4QFY24 SUSUT KEPADA RM3.57 JUTA DIPACU PENINGKATAN JUALAN, PELUPUSAN TANAH

Top Glove ·  Oct 11 00:10

KUALA LUMPUR 10 Okt - Kerugian bersih Top Glove Corporation Bhd pada suku keempat berakhir 31 Ogos 2024 (4QFY24) menyusut kepada RM3.57 juta berbanding RM461.7 juta bagi suku sama pada tahun lalu didorong peningkatan jualan serta penjualan tanah.

Hasil kumpulan itu melonjak 75.5% kepada RM835.3 juta berbanding RM476.1 juta tahun lalu.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2024 (FY24), kumpulan itu mencatatkan kerugian RM61.8 juta berbanding RM925.2 juta manakala hasil meningkat 11.5% kepada RM2.5 bilion berbanding RM2.26 bilion pada FY23.

Pendapatan faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) setahun penuh kumpulan itu bertukar positif pada RM251 juta, mencatatkan peningkatan sebanyak 261% berbanding FY23.Jumlah jualan meningkat sebanyak 19% daripada FY23.

"Prestasi kumpulan yang meningkat dengan ketara adalah disebabkan oleh peningkatan volum jualan apabila pelanggan terus mengisi semula inventori sarung tangan, yang membawa kepada kadar penggunaan yang lebih tinggi dan peningkatan kecekapan kos.

"Kumpulan menyaksikan pertumbuhan yang sangat kukuh di Amerika Syarikat (AS), di mana volum jualan meningkat 120% dari suku ke suku, didorong lagi oleh bilangan tinggi sarung tangan pengeluar asing yang termasuk dalam senarai amaran import FDA AS

"Dengan pengenaan tarif tinggi yang bakal dilaksanakan oleh AS ke atas sarung tangan perubatan buatan China, kumpulan menjangkakan peningkatan yang lebih besar dalam pertumbuhan volum jualan pada suku-suku yang akan datang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pengarah Urusan Top Glove, Lim Cheong Guan berkata, pihaknya berbesar hati mengakhiri FY24 dengan positif. Kini kumpulan berada di peringkat akhir perjalanan pemulihan dan pasti mencatatkan keuntungan pada FY25 kerana pesanan sarung tangan meneruskan aliran menaik.

"Kumpulan itu mempunyai keyakinan terhadap prospek jangka panjang untuk industri sarung tangan yang asasnya adalah utuh dan teguh, dan mengharapkan masa yang lebih baik," katanya.

Top Glove menjangkakan menjangkakan aliran menaik itu akan berterusan berikutan pengumuman Wakil Perdagangan AS baru-baru ini. Tarif ke atas sarung tangan perubatan China akan meningkat daripada 7.5% kepada 50% semasa berkuat kuasa Januari 2025, dan kepada 100% menjelang Januari 2026.

Kumpulan itu juga akan menyambung semula pemasangan barisan pengeluaran termaju di kilang baharunya untuk memastikan mereka berada pada kedudukan yang baik untuk memenuhi permintaan sarung tangan yang semakin meningkat.

Pemasangan itu telah dihentikan buat sementara waktu kerana lebihan bekalan.

Bagaimanapun, mereka mengekalkan pendekatan optimis terhadap rancangan pengembangan kapasiti memandangkan persekitaran perniagaan yang tidak menentu yang boleh dipengaruhi oleh faktor geopolitik.

"Tinjauan jangka panjang kumpulan untuk industri sarung tangan kekal optimistik, kerana sarung tangan adalah item guna tunggal yang penting dalam industri penjagaan kesihatan, yang tidak ada penggantian yang berdaya maju setakat ini," katanya.

Top Glove mencadangkan terbitan bonus sehingga 405.96 juta waran berdasarkan 1 waran untuk setiap 20 saham sedia ada, tertakluk kepada kelulusan pemegang saham pada AGM akan dating pada Januari 2025.

Cadangan itu juga akan mengukuhkan asas modal kumpulan, membolehkannya mengumpul dana tambahan tanpa menanggung perbelanjaan faedah tambahan, berbanding dengan pinjaman bank.

Dagang News

Link:

The above content is for informational or educational purposes only and does not constitute any investment advice related to Futu. Although we strive to ensure the truthfulness, accuracy, and originality of all such content, we cannot guarantee it.
    Write a comment